26 November 2012

Business Card

Muka depan 'biz card'

Muka belakang 'biz card'

Alhamdulillah, 'biz card' dah design. Credit to Mohtech Resources for the good cooperation. Syukur sangat apa yang dirancang berjalan lancar dan dimudahkanNya. Moga pembukaan rasminya nanti akan mendapat sambutan yang menggalakkan, insya Allah.

20 November 2012

Rakan Ternak Enterprise

Assalamu'alaikum,

Kami mulakan bicara dengan kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim'.

Rakan Ternak Enterprise adalah sebuah entiti pemilikan tunggal berdaftar milik penuh bumiputera Melayu yang ditubuhkan atas dasar untuk merancakkan ekonomi Malaysia di dalam bidang agrikultur. Entiti ini ditubuhkan atas kesedaran setelah memerhati dan mengkaji tiada bumiputera yang terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan agrikultur, sedangkan ramai dikalangan bumiputera Melayu terlibat dalam bidang ini terutamanya di luar bandar terus bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan input pertanian.

Insya Allah, Rakan Ternak Enterprise akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi. Rakan ternak Enterprise terletak di No 12, Jalan Medan Kamunting 4, 34600 Kamunting, Perak. Di antara servis atau khidmat kami ialah:

~MEMBEKAL DAN MENJUAL
  • Semua jenis makanan ternakan dan haiwan peliharaan 
  • Ubat-ubatan
  • Aksesori dan peralatan ternakan
  • Baka dan benih haiwan ternakan
  • Input pertanian
  • Menerima tempahan aqiqah dan korban
~PERKHIDMATAN
  •  Pengurusan kesihatan dan makanan nutrisi
Kami amat berbesar hati dan amat mengharapkan bumiputera Melayu akan memberi sokongan kepada kami agar terus maju dalam bidang ini. Sebarang cadangan, nasihat amatlah kami hargai. Redha Allah juga yang kami cari moga ianya dimudahkan dan diberkati. Amin.

Teruskan melawat blog kami. Blog ini akan sentiasa diupdate dengan info-info dan gambar-gambar terbaru. Insya Allah.

admin
Rakan Ternak Enterprise

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | LunarPages Coupon Code